Thursday 1 October 2015

Tutorial Photoshop: Cara Buat Gambar Jadi Transparent


Assalamualaikum.

Malam ni Boi nak kongsikan kat korang camne caranya nak hilangkan background dan buatkan gambar korang jadi transparent. Dengan erti kata yang lain, korang nak buang part yang korang tak nak. Contohnye korang ber'selfie' dalam toilet, tapi korang jadi segan sebab macam.... entah laa nak cakap cmne.. haha.. Maka teknik ni boleh digunakan. Nak belajar tak? Tapi aku ajar yang basic je la. Haha. Okayy, jom terjah!!


STEP 1
Korang bukak Adobe Photoshop and pilih la dulu image yang korang nak edit tu. Klik 'File' and klik 'Open'. Paham kan? Image yang aku pilih malam ni ialah pic aku dalam studio. Background putih, so tersangatlah mudahnye nak remove background. Tu sebab aku pilih cara basic nak tunjuk kat korang. Cara advance lain kali la aku citer.


STEP 2
Okay sekarang carik icon berbentuk Pemadam, right click akan muncul 3 pilihan. Korang amek la yang ketiga tu, 'Magic Eraser Tool'. 
Maka bermulalah proses padam-memadam. 


STEP 3
Now, korang click je kat area yg korang nak buang tu. Macam pic atas ni, opkos la aku nak buang kawasan putih tu kan. So, aku click kat kawasan putih. Then, lepas klik, korang cuba perhatikan kat sebelah kanan paling hujung sekali. Simbol lock dah hilang ke belum? Selalu dia akan hilang secara automatik. Tapi in case kalau tak hilang and masih terkunci, korang kena duplicate layer tu. Caranya korang tekan ctrl+J kat keyboard korang. Mudah kan?


STEP 4
Oh ya, sebelum korang padam pastikan dahulu korang dah setting kat tolerance. Macam aku, aku pilih 20 je. Tak pun 30 pun ok. Kalau korang amek nilai besar macam 100 ke, nanti semua benda dia padam. Tak caya cuba la. haha. Btw, kalau korang tersalah dan nak undo, tekan je ctrl+Z. 

STEP 5
Teruskan memadam! Lolz

STEP 6
Korang boleh zoom image korang supaya mudah sikit nak klik2. Caranya macam kat bawah ni. Nampak tak betapa detailnye aku ajar korang. huhui


STEP 7
Haa, yang ni la yang aku cakapkan tadi. Dia jadi camni sebab part putih yang aku padam tu sama putihnye dengan stokin aku. Makanya, dia pun padamkan sekali part stokin aku. So, adjust kat tolerance, kasi kurang sket ye.


STEP 8
Okay, sekarang part yang betul2 menguji kesabaran. Nampak kan ade bahagian kecil yang susah nak padam. So, tukar eraser korang. Amek yang atas sekali iaitu 'Eraser Tool'.


STEP 9
Korang adjust la sendiri saiz berus pemadam korang. Ikut kesesuaian la k. 


STEP 10
Haaa, korang da siap remove background. Dah ke?? belum lagi. Tak abis lagi laa. Haha


STEP 11
Sekarang kita check kat mane yang belum settle lagi tu. Ideanya kat sini ialah korang kena masukkan satu layer gelap kat belakang image korang tu. Klik new layer macam dalam gambar kat bawah ni. 

STEP 12
Pastu right click kat icon tin cat sebelah kiri sekali. Pastu select 'Paint Bucket Tool'.


STEP 13
Korang pilih la kaler gelap2 sket. Tak semestinya hitam. Tapi bagi aku, aku lebih suka hitam. heheh


STEP 14
Pastu klik je kat mana2 asalkan masih dalam petak layer baru korang tu. Lepas klik je image korang terus bertukar jadi hitam kan. Jangan panik, image korang tak hilang pun. Cuma tertindan/tertindih je. Maksudnye, layer hitam berada diatas layer image korang. 

STEP 15
So, nak tengok balik image korang, tukar kedudukan layer korang. Layer hitam kat bawah, layer image korang kat atas. Drag or tarik gitu2 je.


STEP 16
Haaa, sekarang dah nampak kan ade cacat cela kat image korang. Still ade yang belum habis padam. Tak perfect lagi ni. Maka sekali lagi guna 'Eraser Tool' macam yg korang guna sebelum ni. Pasal saiz brush tu, kalau nak senang just tekan '[' untuk kecikkan atau ']' untuk besarkan. Cari la sendiri kat keyboard korang.

STEP 17
Dan jangan lupa, korang sedang padam kat image korang. So haruslah select layer yang betul. Bukan select layer hitam ye.


STEP 18
Okay now dah cung melecung. Perfecto. Meh aku ajar cara nak save plak.


STEP 19
Sebelum save, pastikan korang untick layer hitam tadi. Dah tak pakai dah sebab tadi just nak check je. So, layer hitam tu nak delete pun takda hal bro. Right click and delete. Kalau takmau delete, untick je icon mata kat layer hitam tu. Kasi hilang icon mata tu. Nahh, sekarang dah jadi transparent macam pic kat bawah ni.


STEP 20
Sekarang bolehlah save image transparent korang ni ye. Caranya senang je. Pegi ke 'File', select 'Save As..'.

STEP 21
Pilihlah format image yang betul. Untuk transparent, haruslah select PNG. file. Simple je


STEP 22
Lastly, akan keluar box PNG Options, klik je 'OK'. Siappp!!!!


Alhamdulillah, berakhirlah tutorial aku malam ni. Sanggup aku bersengkang mata nak siapkan tutorial ni tau. Walaupun tutorial ni mungkin untuk beginner, tapi insyaAllah dapat dimanfaatkan untuk semua. Yang dah pro tu tak payah ajet2 kacang la ye. Tak semua orang tahu. Semua orang bermula dari zero kan. 

Sebenarnya ada cara lain nak cut atau remove background. Iaitu dengan menggunakan 'Magnetic Lasso Tool', 'Magic Wand Tool', dan satu lagi 'Pen Tool'. 


Kesemua mereka2 ni adalah jenis selecting, then cut. Ada masa nanti aku citer kat korang. Selamat mencuba ye. Kat bawah aku sertakan sekali hasilnye. Background office BraderOuhsem Inc.. Akulah CEO company ni. heheh.
CEO 


Bye and salam.

No comments:

Post a Comment